Asgn. 1: 10 Produk RND

10 PRODUK RND




Produk: KASUT TUMIT TINGGI

Kasut tumit yang boleh ditukar mengikut keperluan semasa seseorang wanita. Kasut tumit ini mempunyai tumit yang boleh ditanggalkan dan mudah dipasang semula mengikut keselesaan pemiliknya.
Kasut ciptaan beliau boleh dipasang tumit berketinggian daripada tiga inci dan ditukar kepada tumit serendah satu inci setengah.Kasut tumit direka dengan bentuk separuh bulatan di bahagian depan untuk memberi ruang yang cukup untuk jari kaki bergerak dan membantu mengurangkan kadar keletihan pada kaki.
Inovasi ini boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis rekaan kasut tumit agar pengguna wanita mempunyai pelbagai pilihan dalam pada masa yang sama turut menjaga kesihatan kaki.

Info lanjut sila Hubungi: Shaliza Shariff, penyelidik UiTM

Alamat:      UiTM, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Sumber Maklumat :  http://salutensb.blogspot.com/2013/04/10-artikel-inovatif-produk-r-uitm.html



Produk:  CHIP SLICER

Mesin ini berfungsi sebagai penghiris kerepek di mana ia mempunyai dua bentuk hirisan iaitu memanjang dan membulat.
Mesin ini juga dibina menggunakan konsep tahan lasak supaya ia dapat memenuhi keperluan industry dalam mempertingkatkan pengeluaran kerepek. Proses hirisan dilakukan dengan kadar yang pantas dan hanya memerlukan seorang operator.

 Info lanjut sila Hubungi:   Syamsul Halim bin Wahab

Alamat:   ADTEC Melaka

Sumber Maklumat : 
http://www.jtm.gov.my/ASPIRe/detail.php?q=18&w=&pageNum_data=17&totalRows_data=208




Produk: PENGCAS SOLAR

Pengcas Solar  mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu kecil dan boleh membekalkan tenaga menggerakkan peralatan elektronik kecil

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Nowshad Amin

Alamat:      Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,  UKM

Sumber Maklumat: http://ite-webuildsdnbhd.blogspot.com/2014/05/10-produk-r.html



Produk: JUBIN DARI KULIT TELUR

Sekumpulan penyelidik dari UiTM berjaya menghasilkan inovasi pembuatan jubin lantai daripada bahan buangan iaitu kulit telur.
Jubin ini menggunakan bahan polimer khas yang diadun dengan serbuk kulit telur dan kemudian diproses untuk dijadikan jubin lantai. Jubin istimewa ini mampu menahan kepanasan sehingga 750° Celsius dan menahan beban dan hentakan sehingga 500 kilogram. Jubin ini bukan sahaja sesuai digunakan di rumah malah di pejabat dan juga industri. Ini kerana jubin ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tidak mudah terbakar, mudah dibersihkan dan tahan calar.
Jubin ini telah meraih pengiktirafan apabila menerima pingat perak di pertandingan inovasi International New Product Exposition (INPEX 2010) di Amerika Syarikat dan British Invention Show (BIS 2009), London, United Kingdom.

Info lanjut sila Hubungi: Rassimi Abdul Ghani,

Alamat:  UITM

Sumber Maklumat: http://salutensb.blogspot.com/2013/04/10-artikel-inovatif-produk-r-uitm.html


Produk: Alat Pengesan Pengawet

Alat pengesan ini dapat mengesan formaldehid iaitu bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis dan pengawetan tisu spesimen di dalam ikan dan makanan laut lain.
Formaldehid berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit barah paru-paru, otak dan leukemia.
Penemuan ini memudahkan agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat pemeriksaan untuk mengesan penggunaan formaldehid dalam ikan dan makanan laut di seluruh negara.

Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya. Dr. Fatimah Abu Bakar

Alamat:     Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM

Sumber Maklumat: http://ite-webuildsdnbhd.blogspot.com/2014/05/10-produk-r.html


Produk: AUTOMATIK GRASS CUTTER ROBOT

Merupakan satu mesin yang berunsurkan sistem robot. Mesin ini berupaya untuk melakukan kerja pengautomatan terutamanya dalam proses pemotongan rumput berulangan melalui sistem yang dimasukkan. Sistem robotik ini boleh diaturcarakan semula dan memiliki empat darjah kebebasan ( Degree Of  Freedom ) dan berkeupayaan untuk komunikasi dengan peranti-peranti pengautomatan yang lain. Tujuan utama projek ini dibuat adalah untuk memudahkan kerja pemotongan rumput secara cepat dan dapat mengurangkan tenaga pengguna terutama pekebun.
Permotongan rumput yang akan dilakukan ini menggunakan kaedah automatik secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penggunaan kos tenaga buruh dan mempercepatkan masa kerana ia tidak perlu dilakukan secara manual.

Info lanjut sila Hubungi: MOHAMAD ZULHILMI BIN MOHD SAHRAN

Alamat:  ADTEC Batu Pahat

Sumber Maklumat: 
http://www.jtm.gov.my/ASPIRe/detail.php?q=208&w=&pageNum_data=0&totalRows_data=208&tahun=&iljtm=&kategori=


Produk: SISA BUANGAN KEPADA INDUSTRI PERUSAHAAN SENI

 penyelidik dari UiTM Sarawak menghasilkan produk inovasi pembuatan kertas kraf daripada sisa buangan sagu. Sisa buangan tersebut banyak didapati dari kilang-kilang sagu.
Mereka mencipta teknologi untuk menghasilkan kertas kraf dari sisa buangan sagu tersebut yang bebas asid, mesra alam dan mudah dilupuskan. Kertas yang terhasil mempunyai kepelbagaian dari segi tekstur.
Kertas kraf yang dihasilkan dari sisa buangan sagu sesuai untuk dijadikan kotak hadiah, pembalut hadiah  atau hasil-hasil seni yang lain.Bukan itu sahaja, ianya menjadi pemangkin kepada pekebun sagu dan industri perusahaan seni untuk menghasilkan sesuatu yang baru iaitu kertas sagu.

Info lanjut sila Hubungi: Wan Samiati Andriana Wan Mohamad Daud, Dr Margaret Chan kit Yok, Norazlin Abdullah dan Safrina Muhammad

Alamat:      UiTM Sarawak



Produk:      TWIN SPRING COMPRESSION TOOL

Twin Spring Compression Tool memudahkan dan menjimatkan masa penyelenggaraan sesebuah shock absorber kereta. Ia juga mengoptimumkan kebolehgunaan peralatan dan meningkatkan tahap keselamatan proses kerja memampat spring. Berkeupayaan memampat 2 unit spring shock absorber semua jenis kereta berkapasiti 1000cc ke bawah dlm satu proses kerja. Berukuran 500mm x 200mm x 800mm dan diperbuat drpd bahan jenis mild steel dan aluminium. Menggunakn hydraulic bottle jack 5 tan sebagai penggerak utama. mampu mengeluarkan 2 unit spring dalam masa 2 minit manakala proses memasang semula mengambil masa 3 minit sahaja.

Info lanjut sila Hubungi:   LATIF B. IBRAHIM, MUHAMMAD IZZUDIN B. SHAHRANI, AZZUDIN B. MAT LIAS, HELMI B. AZIZ, HAFIZIEHANIF B. YAHYA,

Alamat:   ADTEC Batu Pahat



Produk:      STUDENT ATTENDANCE SYSTEM USING RFID

“RFID” merupakan singkatan daripada “Radio Frequency Identification” iaitu teknologi baru yang menggunakan tenaga elektromagnetik atau elektrostatik yang berfungsi dengan uniknya untuk mengesan frekuensi yang terhasil daripada objek, haiwan atau manusia.
Pada bahagian Sistem Kedatangan Pelajar pula merupakan bahagian yang merekod kehadiran pelajar setiap hari apabila melibatkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan ini telah diperkenalkan agar pelajar itu tidak menipu dalam melibatkan kehadiran mereka ke kelas

Info lanjut sila Hubungi:   NURUL HANIDA BINTI ABD WAHAB, SAFWAN BIN SAAID, NUR AKMAL HANIS BINTI MARZUKI

Alamat : JMTI, PP



Produk:  HASIL TEPUNG DARI BENDI

Menyedari masalah lambakan sayur bendi yang sudah tua dan tidak mampu dijual, UiTM telah menghasilkan tepung dari sayur bendi.  Tepung ini dihasilkan menggunakan bendi yang matang dan tua. Mereka menggunakan kaedah pengeringan untuk memudahkan bendi dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung tersebut kemudian sesuai digunakan untuk pembuatan snek atau makanan ringan sekaligus mampu menjadi alternatif untuk menghasilkan makanan ringan yang berkhasiat.
Trofi yang diterima untuk inovasi tepung bendi
Inovasi ini membuka peluang kepada petani yang menjalanan projek penanaman bendi untuk menceburi industri baru iaitu pembuatan makanan dan membantu mereka menjana pendapatan sampingan.
Inovasi ini pernah meraih pingat emas di pertandingan Penyelidikan dan Pembangunan, Brussels Innova 2010 di Belgium.

Info lanjut sila Hubungi: Noriza Ishak dan ahli kumpulannya

Alamat:   Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM