Business Idea Competition

Alat Pengesan Nyamuk Aedes





Alat Pengesan Nyamuk Aedes: MOS-Q Tech

Alat ini boleh mengesan kehadiran nyamuk aedes betina berasaskan gelombang yang dihasilkan menerusi bunyi sayapnya.
Ia adalah hasil gabungan penggunaan teknologi nano dalam kejuruteraan elektronik.
Alat ini dihasilkan kelak adalah mudah alih, praktikal dan mampu dimiliki oleh orang ramai.
Alat  berkenaan juga peka kepada bunyi sayap nyamuk aedes betina dan akan digabungkan dengan sistem kawalan tanpa wayar yang akan menghantar maklumat ke pusat pengumpulan data utama sama ada di rumah atau di pusat-pusat kawalan nyamuk atau vektor berdekatan.
Kaedah ini dapat membantu Kementerian Kesihatan memantau nyamuk aedes secara menyeluruh.
Menerusi Alat tersebut kementerian tersebut memantau dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
“Kita dapati, Kementerian Kesihatan hanya mengambil langkah memantau nyamuk aedes di sesebuah kawasan selepas kes denggi dilaporkan.
“Menerusi alat ini, kami berharap  langkah awal dapat diambil selepas mengesan kehadiran nyamuk aedes betina bukannya selepas penyakit dilaporkan,” jelasnya.
Sehingga kini, terdapat banyak pendekatan yang digunakan bagi mengawal populasi nyamuk aedes.
Antaranya, kawalan secara biologikal, fizikal, kimia, pengurangan sumber pembiakan nyamuk dan pengurusan vektor yang bersepadu.
“Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai cara untuk mengawal wabak ini. Disebabkan belum ada lagi vaksin yang boleh memulihkan pesakit denggi, cara terbaik adalah dengan mengawal tempat pembiakan nyamuk aedes.
“Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan kita mengharapkan Alat yang dibangunkan ini dapat membantu mengurangkan masalah denggi yang semakin meningkat.
 Sehingga Januari lalu, kes denggi seperti yang dilaporkan dalam laman web iDenggi masih terus meningkat dan mencapai lebih 2,600 kes dengan lapan kematian di seluruh negara.
Tahun lepas sahaja angka kematian akibat kes denggi di seluruh negara meningkat 224 peratus.
Mangsa yang terkorban akibat denggi direkodkan 199 orang berbanding 88 kematian pada 2013.

Kelebihan:
1.     Mudah alih dan senang di bawa
2.     Sangat Praktikal dan berkesan
3.     Mampu dimiliki oleh orang
4.     Peka kepada bunyi sayap nyamuk aedes betina dan akan digabungkan dengan sistem kawalan tanpa wayar yang akan menghantar maklumat ke pusat pengumpulan data utama sama ada di rumah atau di pusat-pusat kawalan nyamuk atau vektor berdekatan
5.     Membantu Kementerian Kesihatan memantau nyamuk aedes secara menyeluruh.
6.     Langkah awal dapat diambil selepas mengesan kehadiran nyamuk aedes betina

Bagaimana Nyamuk Aedes Terjadi:
Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Nyamuk Aedes | Nyamuk aedes merupakan pemangsa yang sungguh berbahaya terhadap manusia kerana mempunyai kebolehan mencairkan darah dalam badan dan berupaya menjangkiti orang lain dengan memindahkan virus tersebut.
a) Mempunyai 100 mata di kepalanya.
b) Mempunyai 48 gigi.
c) Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
d) Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
e) 3 pasang sayap.
f) Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
g) Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
i) Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
j) Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
k) Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop

APA ITU DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

DEMAM DENGGI BERDARAH
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.