Permodalan Nasional
Berhad (PNB)
Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi
Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di
kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera
yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah
menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti
pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk
menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam
syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah
organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya
bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat
berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam
bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Daripada
skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah
Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak
syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan
penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia
terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan
perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam
pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat
dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB membuktikan keupayaan PNB
untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun setakat kini.
Dengan
wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan
strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam
bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah,
automatif, logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi
nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana
syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih bagi
meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas
membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.
Visi Kami

Misi Kami

Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah
pertumbuhan dan kemakmuran negara untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.”
Nilai Kami

tradisi yang kaya dan dedikasi untuk mencapai
kecemerlangan yang kami percaya sepenuh hati dan menjulang sepanjang masa.”
Ukuran Kejayaan
Kami mengukur kejayaan kami dengan pencapaian kepemimpinan
industri, pulangan bersaingan dan perkhidmatan terbaik kami kepada pelanggan,
serta suasana amanah dan pertumbuhan peribadi untuk pekerja kami.
|
|
Nilai
Kami percaya bahawa kejayaan organisasi kami bergantung pada
pemahaman dan pemenuhan kehendak pelanggan dalaman dan luaran kami dan kami
berusaha menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
|
|
||
Integriti
Kami komited kepada amalan etika yang paling tinggi dalam apa
jua yang kami lakukan. Kami akan berusaha melakukan perkara yang betul.
|
|
Staf
Kami membantu pekerja kami memperbaiki kemahiran mereka. Kami
memupuk suasana saling menghormati, sikap berterus terang dan amanah, yang
boleh dicapai oleh semua ke tahap tertinggi potensi masing-masing. Kami
menghormati maruah setiap pekerja kami dan komitmen mereka terhadap
kesejahteraan keluarga mereka.
|
|
||
Prestasi
Kami meletakkan jangkaan dan matlamat yang tinggi untuk
memenuhi komitmen kami. Kami berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam
industri kami. Keterbukaan kepada perubahan, kepada pengujikajian dan kepada
pengejaran kecemerlangan, mencirikan sikap kami terhadap setiap aspek
pekerjaan kami.
|
|
Kerjasama
Kami memupuk kepercayaan dan berkerjasama melalui komunikasi
berterus terang di semua peringkat organisasi kami. Kami percaya bahawa kami
akan berjaya hanya jika kami bekerjasama sebagai satu pasukan dan penyertaan
sepenuhnya oleh semua adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam misi kami.
|
|
||
Ketangkasan
Kami memfokuskan pada ketangkasan bertindak untuk mendapat
kelebihan bersaingan. Kami percaya bahawa mendahului semua, bertindak
tangkas, bekerja keras dan bertekad menyelesaikan kerja adalah ciri-ciri
organisasi yang berjaya.
|
|
Kebijaksanaan
Kami mesti mempunyai kebolehan untuk menguasai dan
mendisiplinkan diri kami dan melayani sumber kami dengan penuh hormat.
Kemahiran dan pertimbangan yang baik adalah penting dalam penggunaan sumber
kami. Kebijaksanaan adalah teras budaya kami dan akan membantu kami
mengekalkan sifat boleh dipercayai kami sebagai institusi pelaburan.
|
Warisan Abadi untuk
Generasi Masa Depan
Yayasan
Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan pada 9 Januari 1978, di bawah bimbingan
Jawatankuasa Kerja yang disokong oleh Kerajaan Malaysia, sebagai badan
penyelaras bagi aktiviti pelaburan dalam sektor korporat oleh agensi-agensi
Kerajaan, syarikat-syarikat Bumiputera dan individu Bumiputera.
Strategi
dan pelan utama YPB adalah untuk memastikan bahawa saham-saham syarikat yang
diperuntukkan kepada Bumiputera dikekalkan dengan prospek pemilikan saham yang
semakin meningkat dari masa ke masa. Antara dasar-dasar yang digubal oleh YPB
adalah:
·
Pembentukan dana
sebagai entiti perniagaan dengan kuasa untuk melabur dalam semua
bentukpelaburan; dan
·
Pembentukan dana unit
amanah untuk mengagihkan pelaburan di kalangan Bumiputera.
Dengan
dana permulaan sebanyak RM200 juta yang terdiri daripada saham-saham yang telah
dipindahkan oleh Kerajaan untuk YPB, pelaburan ini dan juga pelaburan lebih
daripada 11.6 juta pemegang unit telah sejak berkembang menjadi lebih dari
RM255 bilion dan adalah warisan untuk generasi masa depan rakyat Malaysia.
Bersedia untuk
Menempa Kejayaan Sejak dari Awal
Sebagai
sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras
PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh
dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan.
Sebagai
sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya
bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat
berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam
bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Sejak
penubuhannya pada 17 Mac 1978, PNB telah berjaya menggembleng dan mengumpul
lebih daripada RM220 bilion dari pemegang unit dan dana proprietari untuk
pelbagai pelaburan dalam kira-kira 200 anak-anak syarikat di Malaysia.
Pelaburan PNB kini termasuklah pegangan saham yang besar dalam
syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, UMW
Holdings Berhad, I & P Group Sdn. Berhad, S P Setia Berhad, Chemical
Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad,
MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad dan Prolintas.
PENGURUSAN ASET
PNB
merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai
kepakaran untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan
kompetitif kepada pemegang unit. Kami memastikan kepentingan pelabur kami
dilindungi pada setiap masa.
Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif.
Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif.
Sebagai
pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya
sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat.
Penyertaan lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami
tawarkan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan kami.
Kejayaan
ini telah dicapai melalui pengurusan dana yang memberi pulangan yang mapan dan
kompetitif; dengan mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi
serta berhemah dalam merangka strategi pelaburan kami.
Proses Pelaburan
Kami mengamalkan proses pelaburan yang dinamik dan
berdisiplin berdasarkan:
Analisis fundamental dan berasaskan penyelidikan
PNB
melabur dalam syarikat-syarikat kukuh yang menjana pulangan pelaburan yang
positif sama ada daripada peningkatan modal dan / atau pendapatan dividen.
Pemilihan saham adalah berdasarkan kepada analisis dan penelitian teliti
pasukan pasukan penganalisis kami yang kemudiaannya akan mengemukakan cadangan
pelaburan.
Pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas
Penyelidikan
ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor makroekonomi, dan fundamental syarikat
yang tertentu. Ia dilaksanakan oleh pasukan penganalisis dan ahli ekonomi
dalaman kami. Khidmat penganalisis dan ahli ekonomi luar juga memberi sokongan
dalam membentuk pandangan alternatif mengenai keadaan ekonomi, sektor dan
saham.
Penekanan kepada pengurusan risiko yang aktif
PNB
menggabungkan beberapa lapisan pengurusan risiko di seluruh rantaian proses
pelaburan yang direka untuk mengesan dan bertindak balas kepada pelbagai trend
dan pergerakan pasaran untuk menghadkan risiko kelemahan portfolio dan
memaksimumkan pulangan jangka panjang. Walaupun kami adalah pelabur jangka
panjang, peruntukan aset yang dinamik dan keseimbangan yang tepat pada masanya
terhadap portfolio kami akan membantu mengurangkan turun naik pasaran.
Pematuhan kepada keperluan peraturan
PNB
ditadbir dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
seperti Suruhanjaya Sekuriti. Kami mempunyai Jabatan Pematuhan sebagai
sebahagian daripada mekanisme kawalan dalaman. Jabatan ini memantau aktiviti
pelaburan PNB dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan pematuhan
dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat serta peraturan Suruhanjaya
Sekuriti.
Di samping
itu, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pelaburan kami yang disegani sentiasa
bersedia untuk membimbing operasi dan prosedur pelaburan kami.
Kewangan Korporat
Sebagai
pengurus pelaburan terbesar di Malaysia yang menguruskan dana berjumlah lebih
RM255 bilion, kami telah melabur di dalam lebih daripada 200 syarikat di
Malaysia yang terlibat dalam pelbagai sektor utama ekonomi. Ini merupakan
sebahagian daripada syarikat-syarikat yang mewakili sektor-sektor peneraju
ekonomi negara.
Antara
syarikat-syarikat pelaburan utama kami yang mempunyai rekod prestasi yang
terbukti dan cemerlang ialah Malayan Banking Berhad, I & P Group Sdn
Berhad, UMW Holdings Berhad, dan Sime Darby Berhad. Di samping itu, kami juga
melabur dalam syarikat-syarikat multinasional seperti Goodyear Malaysia Berhad
dan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Berhad.
Fungsi
pemantauan prestasi pelaburan kami pada dasarnya tertumpu kepada pemantauan
industri utama untuk memastikan perlaksanaan pemantauan yang berkesan dan
menyeluruh. Fungsi ini dikendalikan oleh empat kumpulan yang dikhususkan kepada
industri- industri utama seperti berikut:
·
Kewangan dan PerbankanPerdagangan
·
Perladangan dan Utiliti
·
Pembinaan, Logistik dan Pembangunan Hartanah
·
Perdagangan, Perkhidmatan dan Produk Pengguna
·
Produk Perindustrian dan Teknologi Maklumat
& Komunikasi (ICT)
Untuk
melindungi pelaburan pemegang-pemegang unit kami, kami memantau
syarikat-syarikat pelaburan kami secara berterusan melalui analisis mendalam
serta penglibatan proaktif dengan pihak pengurusan dan lembaga pengarah
syarikat-syarikat pelaburan. Kami percaya bahawa ini satu langkah yang penting
untuk memastikan syarikat-syarikat pelaburan kami berusaha untuk mencapai
prestasi yang membanggakan dan peningkatan nilai.
Peningkatan Nilai
Kami
percaya bahawa peningkatan nilai pelaburan adalah kunci kepada pulangan jangka
panjang yang berkekalan. Dengan latar belakang ini, kami percaya
syarikat-syarikat harus berusaha untuk berkembang secara organik serta meneroka
inisiatif untuk mewujudkan nilai pemegang saham.
Tadbir Urus Korporat
Kami
memegang sepenuhnya kepada prinsip dan amalan terbaik seperti yang diajukan
oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan kami sentiasa menegaskan agar
pengarah-pengarah namaan PNB yang dilantik di dalam syarikat-syarikat penerima
labur kami menyebarluaskan prinsip yang sama ini.
Perkhidmatan
Kewangan dan Insurans
|
Automotif
|
|
Perladangan
|
Hartanah
|
|
Logistik dan Infrastruktur
|
Pharmaceutical and Kimia
|
|
Perindustrian dan Peralatan
|
Tenaga, Minyak dan Gas
|
|
Pembuatan
dan Kejuruteraan
|
||
UNIT AMANAH &
REIT
Perniagaan
unit amanah PNB diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang
menguruskan 12 dana unit amanah, dan Amanah Mutual Berhad (AMB) yang
menguruskan 15 dana. ASNB memenuhi segmen pasaran individu-individu tempatan,
manakala AMB pula memenuhi segmen pasaran yang merangkumi individu-individu
tempatan dan bukan tempatan, dan institusi- institusi. Untuk melengkapkan
perniagaan unit amanahnya, PNB juga memberi tumpuan kepada amanah pelaburan
hartanah (REIT) yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB).
REIT yang diuruskan oleh PHNB ialah Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang disenarai
di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 1989. Selain dari REIT, PHNB juga
mengurus sebuah tabung amanah persendirian, iaitu, PNB Property Trust.
·
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah anak
syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22
Mei 1979 untuk mengurus dana-dana unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. ASNB
juga bertanggungjawab untuk mendidik para pelabur mengenai faedah melabur dalam
unit amanah melalui penganjuran seminar perancangan kewangan atau lebih
dikenali sebagai Seminar 360, pada setiap hari di seluruh negara.
Sejak pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, PNB telah melancarkan sebelas dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan & ASG-Persaraan), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) dan yang terbaru Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Daripada 12 dana unit amanah ini, enam daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.
ASNB melalui anak syarikat milik penuhnya Amanah Mutual Berhad (AMB) menguruskan 15 dana unit amanah lain yang membolehkan individu serta pelanggan korporat mengambil bahagian dalam dana berprestasi dengan pelaburan yang pelbagai seperti dalam ekuiti, bon, instrumen pasaran wang jangka pendek dan lain-lain instrumen pasaran modal. Lima (5) daripada dana ini adalah berlandaskan Syariah.
Dana unit amanah terbesar kami iaitu ASB menawarkan ciri-ciri unik yang jauh berbeza daripada dana unit amanah konvensional yang ditawarkan oleh institusi-institusi lain. Ciri-ciri uniknya termasuk:
Pendaftaran pelaburan minimum serendah RM10
(AS$3.20) dan pelaburan tambahan
minimum yang lebih rendah iaitu RM1.00.
Produk berharga tetap yang diurusniagakan pada
harga RM1.00 seunit.
Berisiko rendah dengan pulangan yang
kompetitif, lebih tinggi dari segi sejarah
daripada simpanan biasa dan kadar simpanan tetap 12-bulan.
Kecairan yang tinggi
Tiada tempoh bertenang dan pengeluaran boleh
dibuat pada bila-bila masa.
Perkhidmatan boleh didapati di lebih daripada
1,700 rangkaian ejen termasuk Maybank, CIMB
Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia di seluruh negara.
ASNB adalah syarikat unit amanah pertama di negara ini yang menawarkan kemudahan dalam talian untuk membuat pelaburan tambahan dalam unit ASB, ASW 2020, ASM, ASD dan AS 1M. Kemudahan ini boleh didapati melalui Maybank2u.com, CIMB Clicks, affinOnline.com dan RHB Now. Ia memberi pelabur pilihan tambahan untuk berurus niaga pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Pelabur ASB juga boleh memilih untuk membuat pelaburan tambahan melalui skim potongan gaji serendah RM10 sebulan. Sementara itu, AS1M, ASW 2020, ASD, ASN 2, ASN 3 dan pemegang unit ASG boleh melabur melalui Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Laman Web: http://www.asnb.com.my
PENAFIAN: Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2014, telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dan ejennya. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran seperti yang terdapat di dalam prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik. Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli. Prestasi masa lalu tabung unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan.
Sejak pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, PNB telah melancarkan sebelas dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan & ASG-Persaraan), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) dan yang terbaru Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Daripada 12 dana unit amanah ini, enam daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.
ASNB melalui anak syarikat milik penuhnya Amanah Mutual Berhad (AMB) menguruskan 15 dana unit amanah lain yang membolehkan individu serta pelanggan korporat mengambil bahagian dalam dana berprestasi dengan pelaburan yang pelbagai seperti dalam ekuiti, bon, instrumen pasaran wang jangka pendek dan lain-lain instrumen pasaran modal. Lima (5) daripada dana ini adalah berlandaskan Syariah.
Dana unit amanah terbesar kami iaitu ASB menawarkan ciri-ciri unik yang jauh berbeza daripada dana unit amanah konvensional yang ditawarkan oleh institusi-institusi lain. Ciri-ciri uniknya termasuk:

minimum yang lebih rendah iaitu RM1.00.


daripada simpanan biasa dan kadar simpanan tetap 12-bulan.



Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia di seluruh negara.
ASNB adalah syarikat unit amanah pertama di negara ini yang menawarkan kemudahan dalam talian untuk membuat pelaburan tambahan dalam unit ASB, ASW 2020, ASM, ASD dan AS 1M. Kemudahan ini boleh didapati melalui Maybank2u.com, CIMB Clicks, affinOnline.com dan RHB Now. Ia memberi pelabur pilihan tambahan untuk berurus niaga pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Pelabur ASB juga boleh memilih untuk membuat pelaburan tambahan melalui skim potongan gaji serendah RM10 sebulan. Sementara itu, AS1M, ASW 2020, ASD, ASN 2, ASN 3 dan pemegang unit ASG boleh melabur melalui Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Laman Web: http://www.asnb.com.my
PENAFIAN: Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2014, telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dan ejennya. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran seperti yang terdapat di dalam prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik. Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli. Prestasi masa lalu tabung unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
ialah anak syarikat
milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979
untuk mengurus dana-dana unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. ASNB juga
bertanggungjawab untuk mendidik para pelabur mengenai faedah melabur dalam unit
amanah melalui penganjuran seminar perancangan kewangan atau lebih dikenali
sebagai Seminar 360, pada setiap hari di seluruh negara.
Sejak
pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981,
PNB telah melancarkan sepuluh dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah
Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham
Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD),
Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan,
ASG-Kesihatan & ASG-Persaraan), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) dan yang
terbaru Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Daripada 12 dana unit amanah ini,
enam daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah
dana ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan
dan seimbang.
Amanah Mutual Berhad (AMB)
Amanah Mutual Berhad
(AMB) is a unit trust management company regulated and licensed by the
Securities Commission of Malaysia. Since 2006, it becomes a subsidiary of
Amanah Saham Nasioanl Berhad (ASNB) and the ultimate holding company is
Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Under the flagship of
PNB, being one of Malaysia's leading fund manager in terms of assets under
management, AMB is positioned strategically to be a commercially driven unit
trust manager for the Group. The company is riding on PNB's sound fund
management expertise and strives to become one of the leading unit trust
management companies in this region. Our business focus is to provide
opportunity for clients to invest in our performing funds with diversified
investments such as in equities, bonds, short-term money market instruments and
other capital market instruments.
AMB is committed to
deliver performances that go beyond the unit holders' expectations. In recent
years, AMB has won numerous awards in the unit trust industry.
- AMB is the winner of the
pinnacle award of the Best Overall Fund Group and
the Best Bond Group at The Edge-Lipper Award Malaysia
2014.
- AMB Value Trust Fund has been
awarded for 4 years in a row by The Edge-Lipper Award Malaysia forThe
Best Malaysia Equity Fund (2009 - 3 Years Category, 2010 - 3
Years and 5 Years Category, 2011 and 2012 - 5 Years Category).
- AMB Income Trust Fund had
clinched the Best Bond Malaysian Ringgit Fund Award (3
Years Category) at The Edge-Lipper Award Malaysia for 2013 and 2014 and
the 2014 Morningstar Best Malaysia Bond Fund Award.
- AMB Dividend Trust Fund has
been awarded for Recommended Unit Trust Winner for
2012-2013 and 2013-2014 by Fundsupermart.com Malaysia (online unit trust
distribution arm of iFast Capital Sdn Bhd) on top of winning the 2013
Morningstar Best Malaysia Equity Fund Award.
- AMB Dana Arif (A-MYR Class) and
AMB Dana Ikhlas has been awarded for Recommended Unit Trust Winner for
2014-2015 by Fundsupermart.com Malaysia (online unit trust distribution
arm of iFast Capital Sdn Bhd).
Staff members of AMB
are equipped with broad knowledge and relevant experience in unit trust
business and as a result, AMB is able to sustain client-loyalty and offer
clients with funds in various categories, both conventional and
Shariah-compliant.
The company believes
that the key ingredient in managing its business is to consistently deliver
returns and provide clients with excellent services.
Corporate Structure