Individual Assignment 1- by Hadri Al Hasif Bin Mohd Yussof




Pendidikan

Abangnya Datuk Fickry Yaacub adalah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Mereka berasal dari Kelantan.Bapanya Yaakub Idris adalah penjual buku terkemuka di Kelantan. Abangnya Fahmi Yaakub menjadi pengetua Maktab Adabi. Hussamuddin Yaacub mendapat ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1978.

Masalah dan Liku Kehidupan
Membesar dalam serba kemiskinan, dibuli ketika di sekolah kerana saiz tubuh yang pendek, terpaksa membantu ayah menjaga kedai serta pergi ke pasar membeli barangan keperluan keluarga. Ini adalah secebis cuma liku-liku hidup penuh duri dan ranjau Hussamuddin.
Beliau sendiri belajar berniaga ketika menjaga kedai ayahnya dan didedahkan dengan urusan jual beli walaupun jual beli yang paling mudah.

"Suratkhabar masa itu harga 20 sen, jual 20 sen untung 4 sen. Jual majalah seringgit untung 15 sen, jual majalah RM3 untung 60 sen. Ini contoh. Dan orang bagi RM1, suratkhabar 20 sen saya kena bagi balik 80 sen, jadi itu pendedahan yang saya sudah terima sejak kecil.
"Walaupun bisnes ayah saya kecil tetapi saya sudah dilatih, saya boleh membaca dengan percuma dan belajar bisnes sikit-sikit," katanya jika di kedai, dia menjaga bisnes ayahnya, di sekolah, Hussamuddin membuat perniagaannya sendiri.


"Di sekolah saya mengambil upah menjual buku dan jika kawan-kawan hendak membeli buku, saya akan tolong belikan. Di universiti juga saya berniaga kecil-kecilan. Saya fotostat buku, kertas-kertas soalan," katanya. Beliau mengambil bidang ekonomi semasa menuntut
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hussamuddin turut mengungkap kata-kata Tun Mahathir yang menyarankan kalau orang Melayu hendak berniaga, mereka kena bermula secara runcit dahulu.

"Berniaga runcit ini melatih kita, berapa modal kita berapa untung kita," jelasnya seperti pokok juga yang membesar dari kecil, Hussamuddin berkata perniagaan juga perlu bermula dari bawah.
Bagaimana Perniagaan Bermula
Minat membaca dan pengalaman menjaga kedai dan ke pasar membentuk peribadi usahawan ini yang menyebabkan bukan sahaja beliau mempunyai pengetahuan yang luas tetapi juga sifat peramah. Ketika menjaga kedai ayahnya, dia banyak berinteraksi dengan pelanggan dengan berkongsi buku yang telah dibacanya untuk menarik pelanggan membeli buku berkenaan.

"Saya dah dapat kawan, saya dah tahu selera pembaca," jelasnya. Apabila beliau menceburi bisnes penerbitan, beliau mendalami minat pembacaan buku dan majalah untuk melihat selera pembaca. Kenapa semua produk saya meletup sebab saya memahami jiwa pembaca," kata Hussamuddin.

Begitu juga sebelum beliau menubuhkan syarikat percetakannya sendiri, usahawan ini mengkaji dahulu selok-belok bisnes percetakan.

"Sepuluh tahun saya terbitkan buku, kemudian majalah. Saya upah orang cetak. Setiap bulan saya upah orang cetak bernilai RM1 juta. Saya masuk kedai orang Cina, saya tengok macam mana dia buat, apa proses dia gunakan. Daripada kecil saya sudah dilatih bermesra dengan pembekal dan penjual.

"Lagi pun saya pelanggan yang besar jadi saya bebas masuk ke kilang dia, kaji apa yang dia buat. Inilah proses perantis bagi saya walaupun saya tak bekerja dengan syarikat percetakan Cina itu. Saya juga membaca dan mencari teknologi percetakan yang
terbaik. Jadi bila saya buat percetakan sendiri, saya sudah ada bisnes RM1 juta dan saya buat lebih baik daripada orang Cina itu buat dan," kata Husammuddin sambil memberitahu syarikat percetakannya, Ultimate Print Sdn Bhd kini adalah syarikat percetakan komersil terbesar di Malaysia. Lokasi terbaru ialah di Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Shah Alam.

Bisness Strategi dan Prinsip
Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan teras 4 kumpulan:
Kumpulan Majalah.
Kumpulan Sinar
Kumpulan buku karangkraf
Kumpulan percetakan

Misi
Untuk konsisten menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan melaksanakan janji-janjinya.
Untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengunakan teknologi ke arah mengekalkan kepimpinan kami dalam pasaran.
Untuk memastikan semua kakitangan kami yang cekap, inovatif, bersemangat dan bermotivasi  tinggi.
Untuk melancarkan proses perniagaan ke arah menyumbang kepada tanggungjawab sosial korporat kami untuk kebaikan masyarakat kami dan pemuliharaan alam sekitar.
Visi
Untuk menjadi sebuah organisasi media yang dihormati dan berpengaruh dengan produk-produk yang membantu membentuk dan membina masyarakat Malaysia ke arah perspektif progresif, moden dan intelektual.

"Majoriti keuntungan kami laburkan balik. Orang tak percaya sampai sekarang kita tak pernah isytihar dividen. Daripada sebuah syarikat kecil kami menjadi semakin besar, semakin besar. Kami buat projek baru, buat majalah baru, kita tambah kilang, kita beli tanah, kita tambah mesin baru supaya syarikat kuat," jelasnya.

Di samping itu, pihaknya juga sentiasa bersikap positif meskipun dunia berdepan dengan kegawatan ekonomi.

Bila dunia gawat, orang kena buang kerja, mereka ini akan duduk di rumah, tak akan tengok wayang, tak beli baju. Di rumah mereka akan membaca suratkhabar, baca majalah dan menonton televisyen. Karangkraf akan terbitkan majalah, terbitkan lebih buku.



Produk & Service




 Rujukan.
    4.       http://majalahpc.karangkraf.com/